Tuesday, July 28, 2009

LAWAK : Curi Basikal

Seorang pemuda sedang menjalani perbicaraan di hadapan hakim atas tuduhan mencuri basikal seorang gadis.

Pemuda: Tidak! Saya tak curi basikal itu.

Hakim: Jangan kamu cuba menipu. Gadis ini membuat laporan mengatakan kamu mencuri basikalnya.

Pemuda: Dia tipu! sebenarnya, dia memberikannya secara percuma.

Hakim: Maksud kamu?

Pemuda: Begini tuan hakim, ketika saya dalam perjalanan pulang dari sekolah, gadis ini meminta bantuan saya untuk memboncengnya menggunakan basikalnya sendiri. Dalam perjalanan, apabila tiba di kawasan semak, gadis itu menyuruh saya berhenti. Dia kemudian membuka baju dan seluarnya dan berkata kepada saya bahawa saya boleh mengambil "barangnya" yang berharga dengan percuma. Jadi saya terfikir, kalau ambil baju wanita itu, bukan saya boleh pakai ! sebab saya lelaki. kalau ambil seluarnya pula, pun begitu juga. Akhirnya , saya ambil keputusan untuk mengambil basikalnya. Itulah cerita sebenarnya.

Hakim: !!!???!!!

LAWAK : Tipah Tertelan Duit

Khasiat telur separuh masak

Aziz dan Ani membawa anak lelaki mereka yang berusia 6 tahun ke klinik. Walaupun pada mulanya agak malu dan segan, akhirnya mereka membuka mulut juga menceritakan kebimbangan mereka tentang kemaluan anak mereka yang agak kecil berbanding kanak-kanak lain yang sebayanya.

Selepas melakukan pemeriksaan, doktor berkata,

"beri makan telur separuh masak setiap pagi. Lama-lama besarlah tu."

Besok pagi, apabila anak lelaki mereka hendak bersarapan, terkejutlah dia melihat ada 10 biji telur di meja makan.

"Telur ni untuk saya ke mak?", tanya si anak.

"Engkau makan dua biji saja. Yang lain tu untuk ayah
kau punye", kata emaknya.

Ha........Lu Pikir ah sendiri..... ...!

Tipah Tertelan Duit

Malam tu, sepasang suami isteri dah bersiap-siap nak masuk ke bilik tidur bila tiba-tiba mereka terdengar suara anak bongsu mereka menangis. Mereka pun pergi mendapat anak itu lalu bertanyakan kenapa dia menangis.. Si anak menjawab dia tertelan duit syiling lima sen dan sekarang dia takut akan mati sebab tertelan duit tu, lalu terus menangis teresak-esak.

Si ayah yang buntu nak memujuk anak itu tiba-tiba teringat duit dalam poket seluarnya lalu mengeluarkan duit lima sen. Kemudian si ayah berpura-pura membuat magik dan mengeluarkan duit lima sen dari telinga anaknya. "Ha, kan ayah dah keluarkan ni." Si anak teruja dan terus berhenti menangis. Sepantas kilat anak itu mengambil duit lima sen itu dan menelannya lalu berkata, "Buat lagi sekali ayah."

BUKU HARIAN ISTERI

Rumitnya seorang isteri, dan simplenya seorang suami...jadinya kena selalu berfikiran positif...barulah tercipta rumahku shurgaku!

Malam Minggu - Dia berkelakuan aneh. Sebelumnya kami berjanji bertemu di Cafe. Aku shopping seharian dengan kawan-kawan, sehingga mungkin dia kesal karena aku agak lewat sampai di Cafe, tapi dia tak bercakap.

Dia tak bercakap langsung, jadi aku ajak dia pergi ke tempat yang agak sunyi supaya kami dapat berbincang,
dia setuju tapi tetap diam membisu. Aku tanya apa yang salah - dia jawab, "Tak ada".

Aku tanyakan apakah kesalahan ku yang membuatnya kesal. Dia kata hal ini tak ada kaitannya dengan ku dan minta aku tak usah sibuk.

Dalam perjalanan pulang, ku katakan aku mencintainya, dia cuma tersenyum tipis dan tetap membisu. Aku tak dapat menjelaskan perangainya petang itu. Aku tak habis-habis berfikir kenapa dia tak menjawab, "Aku cinta kamu juga".

Sesampainya dirumah, aku merasa kehilangan dia, dan seolah-olah dia tak menghendaki ku lagi. Dia hanya duduk dan nonton depan TV; dia terlihat jauh dan menghilang.. ...

Akhirnya aku putuskan untuk tidur. Lebih kurang 10 minit kemudian, dia masuk ke kamar. Aku tak tahan lagi, ku putuskan untuk menghadapinya dan menanyakan soal sebenarnya, tapi dia langsung tertidur. Aku mulai menangis sampai tertidur. Aku tak tahu apa yang harus ku lakukan. Hidupku terasa bergoncang.. ...



BUKU HARIAN SUAMI


Hari ini Sepanyol kalah. SIALLLLL!!!

Monday, July 13, 2009

JEMPUTAN : Jom Makan Durian Bersama Anak-Anak Yatim

http://www.nurhikmah.org.my/a.jpg





Untuk kali keempat Yayasan Pembangunan Nur Hikmah akan menganjurkan Program Jom Durian. Kali ini ianya akan diadakan di Rumah Jagaan Nurhikmah, Taman Mesra Kajang (Klik untuk peta lokasi)

Tujuan program ini ialah untuk menjamu selera dengan durian bersama-sama anak-anak yatim.


Kami dengan sukacitanya menjemput anda sekelian ke :



http://www.nurhikmah.org.my/banner_jomdurian_09.jpg



JOM DURIAN 2009
Pada Hari Jumaat 17hb Julai 2009
Mulai jam 5.00 petang hingga 7.30 petang
Di Rumah Jagaan Nurhikmah
Lot 11552, Jalan 18,Taman Mesra, 43000 Kajang, Selangor

Sumbangan durian atau wang sangat-sangat kami alu-alukan. Anda juga boleh membawa apa-apa juga sumbangan ke majlis tersebut.

Sila hubungi Puan Shira 03-8733 2411 (waktu pejabat) untuk serahan sumbangan atau pengesahan kehadiran anda. Ini adalah bagi memastikan kami menyediakan buah durian yang mencukupi untuk semua orang.




MELALUI MAYBANK
Sumbangan boleh disalurkan melalui MAYBANK2U kedalam akaun KHIDMAT NURHIKMAH 564306010030 , letakkan alamat email presiden@nurhikmah. org.my.
ATAU MELALUI CIMB ONLINE
Caranya ialah :
1. Login ke https://www. cimbclicks. com.my/
2. Pilih Pay Bills
3. Pilih Akaun Anda (Payment From)
4. Pilih Payment To >> Payee List
5. Pilih Yayasan Pembangunan Nur Hikmah
6. Masukkan Nama Anda (optional)
7. Masukkan Contact No. (optional)
8. Masukkan Jumlah
9. Tekan Submit

------------ --------- --------- --------- --------- -------
YAYASAN PEMBANGUNAN NUR HIKMAH
No. Pendaftaran : 646393-A
No. 16-3, Jalan Mesra Niaga,
Taman Mesra,
43000 Kajang,
Selangor Darul Ehsan.
Telefon : 03-87332411
Fax : 03-87332967
EMAIL : http://my.mc760.mail.yahoo.com/mc/compose?to=presiden@nurhikmah.org.my

BERITA ONLINE

Labels

About This Blog

Create your own banner at mybannermaker.com!

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP